"
Apabila dirimu meminati seseorang, bermohonlah kepada Allah SWT agar
hatinya akan kamu miliki. Jika kamu sangat menginginkannya dengan
sebenar-benar keinginan, maka bermohonlah dengan sebenar-benar
pengharapan. Jangan sesekali kamu merayu pada si dia, kerana bicaranya
mungkin akan membuatkan kamu terluka. Apabila hati dipersenda, pasti
sebuah kekecewaan akan menerpa. Namun, jika dirimu memohon terus kepada
Allah Penciptanya, dua kemungkinan yang sedia menanti kamu, iaitu
mungkin dirimu akan mendapatkan hatinya atau mungkin kamu akan mendapat
seseorang yang lebih baik darinya ♥
No comments:
Post a Comment