Hey!jom dengar lagu

Wednesday, December 19, 2012

Mencari yang halal Bab1..

SUFFIAH HUDA



  “Awak..tolong jangan tinggalkan saya.Hati saya sungguh terseksa jika ketiadaan awak.”suara  Nur semakin perlahan kerana ditenggelami hujan yang lebat.
  “Aaa…awa…k,jangan lah nangis.”lelaki itu cuba menenangkan wanita di hadapannya.Lelaki itu semakin menggelabah kerana dia sama sekali tidak mengenali wanita tersebut.
  “Awak..tolong..saya merayu jangan pernah tinggalkan saya lagi.”kata wanita itu sambil teresak-esak menangis.Tiba-tiba bunyi guruh berdentum mengejutkan Nur daripada mimpinya.Nur hampir terjatuh dari katil bujangnya.Nur tersedar rupanya tadi tu hanya mimpi yang sangat teruk.Sudah acap kali Nur bermimpi perkara tersebut.
 “Ya Allah,aku hanya bermimpi.Tapi kenapa setiap kali aku bermimpi,mimpi itu semuanya sama.”Nur berbisik kepada hati kecilnya.Nur menoleh ke arah jam di atas mejanya.Jam menunjukkan sudah pukul  6:45 pagi.
 “Aku lewat lagi”…jerit Nur.Dia mencapai tuala dan bergegas ke bilik airnya.Setelah beberapa minit,dia turun ke bawah untuk menyalami ibu dan bapanya.
 “Tak sarapan dulu ke?”…Tanya ayah Nur. “Nur dah lambat ni papa..nanti didenda pula oleh cikgu.”ibunya hanya menggelengkan kepalanya mengenangkan sikap anak tunggalnya itu.Nur  menunggang basikalnya dengan pantas.Walaupun Nur anak orang yang berada tapi dia tidak mahu menunjuk kepada kawan-kawannya.Nur seorang pelajar yang selalu merendahkan diri.
 Akhirnya tiba juga ke sekolah.Nur terkejut kerana cikgu sudah masuk ke dalam kelasnya.Nur masuk perlahan-lahan ke dalam kelasnya.
 “Nur Asmira binti Zairul ,kamu lewat lagi!berdiri di luar kelas sekarang juga.”Cikgu Emi bersuara tegas.Nur yang baru sahaja melabuhkan punggungnya ke kerusi tiba-tiba berada di atas lantai kerana terkejut mendengar suara Cikgu Emi bagaikan raksasa.Rakan-rakan sekelasnya hanya mentertawakan Nur yang berada di atas lantai itu. “Diam!No one can talk,laugh and else in my class.” Jerkah Cikgu Emi.
Nur berdiri di luar kelas dengan muka yang agak malu.Sejak akhir-akhir ini Nur selalu dating lewat ke sekolahnya.Nur ialah seorang gadis yang periang,cemerlang dan aktif bersukan.Nur adalah ketua kumpulan sukan Futsal di sekolahnya.
“Ok.Awak jalan depan sikit lagi nanti awak jumpe la kelas awak tu.Bawa fail diri awak ni juga.Saya tidak boleh menemani kamu ke kelas.Saya ada mesyuarat.”kata pengetua kepada seorang pelajar lelaki itu.Lelaki itu mengangguk dan terus berjalan. “Debushh..” habis fail dan kertas jatuh ke atas lantai.Nur yang sedang memerhatikan lelaki tersebut terus membantu.Mereka sama-sama mengutip kertas dan fail tersebut. “Terima kasih.” Ucap lelaki tersebut. “Sama-sama.budak baru ye?”soal Nur. “Yup,baru je tukar hari ni.Saya Murshid,dari Johor.Saya nak cari kelas 4 Amanah.Di mana ye?” “Oh,kite ni sama kelas la.Lupe,saya Nur.”Murshid masuk ke dalam kelas tersebut.
 “Assalamualaikum.Saya Murshid,saya murid baru di sini.Sila beri tunjuk ajar kepada saya.”Murshid memperkenalkan dirinya.Pelajar perempuan mula bergosip sesama mereka.Terutamanya Aimi,perempuan yang selalu perasan dirinya diva di sekolah  itu.



 “Wahh…hensemnye..dah la tinggi,comel,ade lesung pipit..auww,melting”hati kecil Aimi menjerit.Aimi memerhatikan wajah macho Murshid.
 “Ok,awak duduk di sebelah sana.”arah Cikgu Emi.Murshid meluru ke tempat duduknya. “Tak guna,dia duduk sebelah Nur..perempuan tak guna tu!”Aimi berbisik kepada dirinya sendiri. “wah!untungla Nur..dengki I.”tambah Zureen salah seorang kepada kumpulan ‘Aimi the geng’. “Awas lah kau Nur.Kau takkan hidup tenang.”getus Aimi.
Keadaan di kantin sangat sesak.Oleh sebab itu,tempat duduk tidak mencukupi.Murshid mencari juga tempat untuk makan malangnya semua sudah penuh.Murshid terlihat meja Nur lapang. “Hai,boleh duduk?ramai sangat orang di kantin ni.”soal Murshid. “Boleh je,silakan.”jawab Nur singkat. “Nur tinggal di mana?” “saya tinggal di Taman Sentosa.”jawab Nur sambil menghadiahkan senyuman kepada Murshid. “Oo..tak jauh sangat la,saya pun tinggal di area situ juga.”
Mereka tidak menyedari yang Aimi sedang memerhatikan mereka berdua dari tadi. ‘Bukan main mesra lagi kau!perempuan tak sedar diri!’Aimi bercakap dengan nada yang perlahan. ‘Nanti kau!’Aimi mengambil ais krim lalu melanggar Nur yang sedang bercakap dengan Murshid. “Ops,sori tak sengaja.”



No comments:

Post a Comment